Saturday, September 8, 2012

HTC VS APPLE MENGENAI PATEN LTE



Berkemungkinan besar, sebaik sahaja Apple melancarkan peranti terbaharu mereka, akan disaman oleh pihak HTC berkaitan dengan teknologi LTE.
Ketika ini, pihak Apple sedang mencuba untuk mendapatkan pengistiharan mahkamah bahawa paten yang dimiliki oleh HTC adalah tidak sah. HTC telah menuduh bahawa Apple telah melanggar paten yang dimiliki HTC yang berkaitan dengan cara penghantaran data yang besar dan paten ini adalah sangat penting dalam teknologi LTE.
Namun, menurut satu hakim perdagangan – Thomas Pender, berkata bahawa paten yang dimiliki oleh HTC ini boleh dikatakan sebagai sah dan tindakan melarang Apple menjual peranti LTE mereka adalah satu tindakan yang difikirkan wajar oleh HTC.
Semasa HTC melancarkan peranti LTE mereka, Thunderbolt, mereka turut membeli paten berkaitan dari ADC Communications yang bernilai $75 juta.
Dengan nilai telefon pintar yang semakin meningkat saban tahun, pelbagai pemain menggunakan pelbagai cara untuk sentiasa kekal kompetitif dalam pasaran.
Namun, apa yang pasti, perperangan antara Android dan iOS masih lagi jauh dan saya tidak nampak ia akan berakhir pada tahun ini.

No comments:

Post a Comment