Saturday, September 8, 2012

Sejarah Android


Android Inc, adalah sebuah syarikat software kecil yang ditubuhkan pada bulan Oktober 2003 di Palo Alto, California, USA. Ditubuhkan oleh beberapa senior di beberapa syarikat yang berasaskan IT & Communication; Andy Rubin, Rich Miner, Nick Sears dan Chris White. Menurut Rubin, Android Inc ditubuhkan untuk mewujudkan mobile device yang lebih peka terhadap lokasi dan keutamaan pemilik.Dengan kata lain, Android Inc, ingin mewujudkan mobile device yang lebih mengerti pemiliknya.

Google dan Sejarah Android

Konsep yang dimiliki Android Inc, ternyata menarik minat raksasa Google untuk memilikinya. Pada bulan Ogos 2005, akhirnya Android Inc diambil alih oleh Google Inc. Seluruh sahamnya dibeli oleh Google. Nilai pembelian Android Inc ini oleh google tidak ada pengesah yang pasti. Tetapi banyak yang menganggarkan nilai pembelian Android Inc oleh Google adalah sebanyak USD 50 juta. Saat itu banyak yang berspekulasi, bahawa pengambilalihan ini adalah langkah awal yang dilakukan Google untuk masuk ke pasaran mobile phone.Andy Rubin, Rich Miner, Nick Sears dan Chris White tetap di Android Inc yang dibeli Google, sehingga akhirnya mereka semua menjadi sebahagian dari gergasi Google dan sejarah android . Saat itulah mereka mulai menggunakan platform linux untuk membuat sistem operasi bagi mobile phone.
Pada bulan nopember 2007, terbentuklan Open Handset Alliance yang merupakan konsortium dari beberapa syarikat: Broadcom Corporation, Google, HTC, Intel, LG, Marvell Technology Group, Motorola, Nvidia, Qualcomm, Samsung Electronics, Sprint Nextel, T-Mobile dan Texas Instruments. Mereka sepakat untuk membuat open standart bagi mobile phone. Pada hari yang sama, mereka mengumumkan produk pertama mereka, iaitu Android yang berasaskan Linux kernel versi 2.6.
Bulan Disember 2008, bergabunglah 14 syarikat yang lain iaitu: ARM Holdings, Atheros Communications, Asustek Computer Inc, Garmin Ltd, PacketVideo, Softbank, Sony Ericsson, Toshiba Corp dan Vodafone Group Plc. Hal ini merupakan langkah besar dalam sejarah Android untuk menjadi pemimpin dalam sistem operasi untuk mobile phone.

Beberapa Versi rasmi Android:
1. Android Cupcake 1.5 
2. Android Donut 1.6 
3. Android Eclair 2.0.x/2.1.x 
4. Android Froyo 2.2.x 
5. Android Gingerbread 2.3 
6. Android Gingerbread 2.3.3 7.
7. Android Honeycomb 3.0
8. Android Ice Cream Sandwich 4.0.x
9. Android Jelly Bean 4.1.x
10. Android Key Lime Pie 4.2.x (coming soon)


No comments:

Post a Comment